Thursday, May 31, 2012

SOALAN KOMSAS TINGKATAN 3 ( ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN )


SOALAN KOMSAS TINGKATAN 3 (ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN)
SET   1

Soalan  31 - 35
Baca pantun di bawah  dengan teliti,  kemudian jawab soalan yang berikutnya.
     Pantun Nasihat Bersatu Hati

  Gunung Tahan sama didaki,
      Sungai Pahang sama direnang,
  Jikalau semua bersatu hati,
      Kerja yang payah menjadi senang.

  Melangir keris pusaka hikmat,
      Keris sejarah sejak bahari,
  Kalau gadis ingin selamat,
     Jangan murah menjual diri.
 
  Menanam bunga di dalam pasu,
      Bunga melati, bunga pandan,
  Jangan ikut hawa nafsu,
      Kelak nanti binasa badan.
 
  Nyiur muda dibuat pengat,
      Mari makan bulan puasa,
  Wahai pemuda hendaklah ingat,
      Kerana mulut badan binasa.

  Orang berkelah di Tanjung Rhu,
      Sambil memanggang si ikan sepat,
  Hendaklah banyak mengadap guru,
      Supaya terang jalan makrifat.

  Rendang sungguh pohon ara,
      Tumbuh subur tepi telaga,
  Tidak salah berkenal mesra,
      Tatasusila perlu dijaga.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)




































31.   Mengapakah kita perlu menuntut ilmu dengan
         berguru?
        A   supaya mengetahui perkara yang benar .
        B   supaya digelar orang yang pandai.
        C   supaya mudah mendapat kerja.
        D   supaya dihormati oleh masyarakat.

 32.  Apakah maksud rangkap kedua pantun?
         A   Seseorang gadis hendaklah menjaga
               kehormatan
               diri jika ingin selamat.
         B   Seseorang gadis dapat dijaga dengan mudah
              dan selamat.
         C   Kepentingan menjaga keselamatan seseorang
               gadis.
         D   Maruah seorang gadis mudah tergadai dengan
               harga murah.

33.  Berikut ialah imej alam yang digunakan dalam pantun, 
        Kecuali
        A   pohon ara               C    ikan sepat
        B   bunga melor           D    nyiur

Kerana mulut badan binasa
                 

34.  Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam                    
       baris pantun di atas?
       A   Simile                        C   Metafora
       B   Repitisi                      D   Peribahasa

35.  Berikut merupakan ciri pantun ini, kecuali
       A   Terdiri daripada enam rangkap.
       B   Setiap rangkap mempunyai empat baris.
       C   Lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.
       D  Empat hingga enam patah perkataan sebaris.
 



 Soalan 36-40
 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,  kemudian jawab soalan yang berikutnya.




           Semasa pada awal darjah enam, adik tiba-tiba mewartakan suatu hasrat yang tidak terduga. Betapa gelabahnya kami. Pipi cengkung bonda dibasahi air mata. Adik telah membakul sampahkan impian bonda. Adik telah mencincanglumatkan jantung bonda.
          “Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksa-paksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang.”, Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.
            Saya kepalkan tangan. Saya awasi diri. Saya takut kalau waras saya tidak daya dikekang, akan melayanglah tangan ini.
            Kalau UPSR pun tidak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur,makan tidur? Sanggup turun ke bendang?S anggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang? “
          “Hoi.....Kak Cik apa tahu?  Orang dah malas nak belajarlah. Malas tak fahamkah? Lagi pun, kilangkan banyak?  Susah apa? “, Jerkah adik biadap.
          Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.
          “Adik... sedarkah keputusan ini  boleh menghancurkan masa depan adik?  Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak,” Sopan berhikmah pujukan bonda.
          Adik berdengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.
          Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga ke liang syahid seperti arwah ayahnya.
         Harapan bonda ini bukan sekadar mencangkul angin. Dayung sudah di tangan, sampan sudah ke tengah lautan. Namun, bonda tidak mampu melawan ombak kedegilan adik.

                                             (Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda  antologi Harga Sebuah 
                                              Lukisan, Tingkatan  3, Dewan Bahasa dan Pustaka)


36.      Apakah yang menyebabkan  adik ingin
           berhenti sekolah?
            A   Adik ingin meringankan beban bonda.
            B   Adik ingin berkerja di kilang.
            C   Adik takut akan gurunya yang garang. 
            D   Adik tidak mahu membuat kerja sekolah

37.    Perwatakan adik berdasarkan petikan
          cerpen ialah
          A    penyayang                   C     rajin
          B    suka menolong               panas baran

38.   Mengapakan pipi cengkung bonda dibasahi
         air mata?
         A    Bonda terkenang akan suaminya yang
                telah meninggal dunia akibat serangan
                penyakit  jantung.
         B    Adik mengeluarkan kata-kata kesat
                apabila permintaannya tidak dituruti.
         C    Adik menjadi semakin liar sejak berhenti
                sekolah.
         D    Impian bonda untuk menghantar adik
                ke sekolah agama telah terkubur.

Harapan bonda ini bukan sekadar mencangkul angin



39.      Unsur gaya bahasa peribahasa  yang
           terkandung dalam  petikan di atas
           bermaksud        
              angan-angan kosong                  
             B   percakapan yang baik      
             C   cita-cita murni
             D   perbuatan yang tidak berfaedah

40.   Berikut ialah pengajaran yang kita dapati
         daripada cerpen Mutiara Bonda kecuali
        A   kita hendaklah tabah menghadapi
             pelbagai dugaan hidup.
        B   Kita hendaklah sedar bahawa kejayaan
             terhasil melalui peng orbanan.
        C   kita hendaklah menjalankan
             tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
        D   kita hendaklah berserah kepada Tuhan
              tanpa perlu berusaha.



SET  2

Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang  berikutnya.


 Rumput

Baru saja hendak mendongak
Aku sudah dipijak
Baru saja hendak berbedak
Diserbu debu menutup muka
Cuaca panas angin kering
Ditambah lagi bau busuk asap lori
Sesak nafas bagai menunggu mati
Mujur embun pagi membersih diri

Baru saja tangan hendak menari
Datang pemotong rumput
Lalu dipotongnya jari doa
Sipemotong rumput
Cepat panjang
Cepat dapat wang !

Nasib rumput di tepi jalan
Tak sehijau rumput di padang.

KHADIJAH HASHIM
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan  3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31.   Bagaimanakah kehidupan golongan yang
         tidak bernasib?
         A   Sentiasa menerima simpati orang ramai.
         B   Kerap menerima bantuan kerajaan.
         C   menjadikan agama sebagai pegangan
               hidup.
         D   Sentiasa berusaha untuk  mengubah
               corak kehidupan.

32.   Nada sajak Rumput ialah
         A      romantis                      C    protes
         B      patriotik                      D    melankolik


33.    Baru saja tangan hendak  menari

         Unsur gaya bahasa dalam petikan di atas
         ialah
        A  sinkope                           C      hiperbola
        B   metafora                         D      personifikasi 

34.  Pengajaran yang terkandung dalam sajak ini
        ialah
        A   kita perlulah menggalakkan orang supaya
              hidup miskin.
        B   kita janganlah menghina orang yang susah
              atau miskin.
        C   kita hendaklah selalu meminta bantuan.
        D   kita hendaklah selalu memotong rumput.


35.  Tema yang dikemukakan dalam  sajak
        Rumput ialah   
       A   kehidupan manusia yang menerima nasib    
             malang kerana sering ditindas.
       B   orang yang mengambil kesempatan
             terhadap kesukaran orang lain.
       C   kehidupan yang sentiasa menghadapi
             kesusahan.
       D   nasib manusia yang berbeza.
       



Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



        Maka tatkala itu baginda raja benua Siam pun panggil segala raja-raja dan menteri hulubalang di bawah perintah baginda itu. Maka sekalian pun hadirlah, lalu baginda bertitah, “Adalah aku dengar khabar ada seorang tuan puteri anak angkat daripada Encik Siti di dalam negeri  Serendah Kebun Bunga itu , sekarang baharu diberi oleh Encik Siti itu bersuaminya.  Maka sekarang ini aku sangatlah berahi kepada tuan puteri itu. Hendaklah kamu sekalian pergi langgar negeri itu, ambil tuan  puteri itu, bawa kepada aku kerana aku sangat berahi kepadanya.”
        Maka tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu mendengarkan titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkaplah  hendak melanggar negeri Serendah Kebun Bunga itu, hendak  mengambil  Tuan Puteri Sa’dong  di dalam Kota Jelasin itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata,  setelah cukup semuanya, lalu belayarlah akan menuju negeri Serendah Kebun Bunga, Kota Jelasin itu. Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja Siam itu kerana Tuk Ca itu tahu akan ilmu nujum. Maka belayar itu, tiada beberapa lamanya sampailah ke kuala negeri itu.
        Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, “Perahu kelanggaran dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli tuanku ini.” Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang, pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam pun datang naik menghadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sa’dong itu.

 (Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” antologi Harga Sebuah Lukisan,
   Tingkatan 3 , Dewan Bahasa dan Pustaka ) 

                
  1. Mengapakah raja Siam hendak melanggar negeri Serendah Kebun Bunga?
A    Ingin menangkap Sultan Abdullah.
B    Ingin mengambil Tuan Puteri Sa’dung.
C    Ingin memusnahkan negeri itu.
D    Ingin membunuh Tuan Puteri Sa’dung.

  1. Apakah yang dilakukan oleh Tuan Puteri Sa’dung setelah memikirkan masalah yang dihadapi?
A   Membantah arahan suaminya.
B   Menurut arahan suaminya.
C   Enggan berjumpa suaminya.
D   Mengecam perbuatan suaminya.

  1. Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah
A   Masyarakat yang suka melanggar perjanjian.
B   Masyarakat yang suka menabur fitnah antara satu dengan yang lain.
C   Masyarakat yang tamak akan harta.
D   Masyarakat yang menggunakan segala cara untuk mencapai matlamatnya.

  1. Pilih kenyataan yang betul  tentang Sultan Abdullah
A   Suami yang tidak mengambil  peduli akan isterinya.
B   Sahabat kepada Tok Ca.
C   Mahu mempertahankan negerinya daripada ancaman Siam.
D   Suka  akan peperangan.

  1. Apakah kesudahan cerita Hikayat Seri Kelantan ini?
A   Tuan Puteri Sa’dung dibawa ke Siam.
B   Tuan Puteri Sa’dung mati kerana membunuh diri.
C   Tuan Puteri Sa’dung berjaya melarikan diri.
D   Tuan Puteri Sa’dung dibunuh oleh angkatan Siam.

SET   3

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

                                    Syair Berbuat Jasa

Buatlah jasa wahai teruna,                                    Jangan menilik balas dan puji,
Hidupmu biar memberi  guna ,                              Atau pahalanya dikaji-kaji,
Kamu yang mati jasa tak fana,                              Rasanya demikian tamak dan keji.
Asalkan buahnya elok sempurna.                         Padalah baiknya tinting dan uji.

Banyakkan khidmat besar dan seni,                      Pahala dan balas jangan dihitung,
Serahkan kepada Tuhan Rabbani,                        Ataupun bintang di dada beruntung,
Jasa yang kekal faedah murni,                               Asalkan  jasamu padat berdentung,
Umur yang kedua bagi insani.                               Cukuplah di situ mulai bergantung.

Hidup manusia jangan percuma,                           Buatlah baik ayuhai rakan,
Buatlah bakti budi utama,                                     Ke dalam laut kamu campakkan,
Selagi baiknya kekal menjelma,                            Jikalau tidak dikenal  ikan,  
Si mati hidup selama-lamanya.                              Tuhan tahu iakah bukan.

Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,                         (Dipetik daripada antologi Harga
Sumbu pelita tidak sia-sia,                                     Sebuah Lukisan, Tingkatan  3,
Terbakar dirinya menerangi raya.                          Dewan Bahasa dan Pustaka)























  1.  Apakah maksud rangkap keempat syair di atas?
 A   Orang yang selalu berbuat jasa akan dimuliakan dan disanjung.
          B   Kita boleh mengharapkan balasan dan pujian atas segala jasa yang kita taburkan.
          C   Orang yang sanggup berkorban dan selalu berbuat jasa akan memberi manfaat kepada orang
                lain.
          D  Orang yang sentiasa mengharapkan balasan dan pujian kerana telah berbuat jasa ialah orang
               yang mulia.

  1. Berikut ialah kebaikan apabila kita berbuat jasa, kecuali...
         A    akan mendapat pembalasan di akhirat kelak.
         B    akan dikenang untuk selama-lamanya.
         C    jasa yang dibuat dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
         D    agar diketahui oleh orang lain dan mendapat balasan setimpal.

  1. Perkataan  Rabbani  dalam syair ialah contoh gaya bahasa...
          A     istana                                         C    Arab
          B     Parsi                                          D    klasik

  1. Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap lima syair ini?
          A   Kepentingan membuat jasa dengan ikhlas.
          B    Berhati-hati ketika menerima pujian.
          C    Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya.
          D   Kesenangan orang yang berbudi.

  1. Pilih kenyataan yang  benar tentang bentuk syair ini.
         A   mempunyai lapan rangkap                             C      rima akhir ialah abab
         B   tidak mempunyai pembayang maksud            D      ada 4 hingga 6 perkataan setiap baris

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .

JAHUL  menemui  PEGAWAI  INGGERIS.

JAHUL:  (Tunduk hormat) Selamat Pagi, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Hmmm... selamat pagi, ( Memandang JAHUL)Oh, kamu
                                        Jahul! Coming.  Duduk......
JAHUL:   Err...terima kasih tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh ya! Bagaimana itu kamu punya kerja?  Ada
                                         perkembangan terbaru?
JAHUL:   Inilah saya datang jumpa tuan. Memang ada perkara penting yang saya
                mahu  Sampaikan  kepada tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Perkara penting. Oh, apa dia Jahul?  Ha, cakap. saya ingin
                                         mendengarnya.  Cakaplah....
JAHUL:   Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang
                dan menawan penduduk yang telah menjadi rakyat kompeni  itu, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Marah) What?
JAHUL:   Banyak yang ditawan mereka, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Tegas) Tapi,  mengapa Jahul?  Mengapa Pangeran
                                         bertindak begitu terhadap  mereka?
JAHUL:   Dia terlalu marah terhadap tindakan kompeni  mumujuk mereka supaya
                menjadi rakyat  kompeni kerana dia berkuasa terhadap mereka, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh...begitu!
JAHUL:   Ya, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Marah) Perkara ini Jahul, tidak boleh dibiarkan begitu
                                         saja!  Nampaknya Pengeran sudah mula tunjuk berani
                                         sama kompeni.
JAHUL:   Betul tuan. Kompeni mesti buat sesuatu, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Tegas) Mesti buat sesuatu yang bagaimana maksud
                                         kamu, Jahul?
JAHUL:   Begini tuan. Kompeni mesti  hentikan tindakan mereka. Kalau tidak, tentu
                mereka buat  kacau, tuan. Kompeni menjadi susah.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh, itu sudah tentu! Kompeni mesti sekat itu tindakan
                                         mereka! Kompeni  akan buat bantahan kepada Sultan
                                         Brunei. Suruh dia hentikan penentangan Pangeran
                                         terhadap kompeni.
JAHUL:   Tapi, bagaimana kalau Pangeran terus juga membuat kacau tuan?
PEGAWAI INGGERIS:   (Ketawa) Kompeni akan bertindak lebih tegas!

              (Dipetik daripada drama “Sebuah Perjuangan” antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)


  1.  Apakah perkara yang dibincangkan oleh Jahul dengan pegawai  Inggeris?
   A   Meminta Sultan Brunei campur tangan untuk memberhentikan penentangan Pangeran terhadap
        Kompeni.
B   Melaporkan bahawa Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan menawan
        penduduk yang menjadi rakyat kompeni 
  C   Menyalahkan Inggeris kerana terlalu berlembut dengan Pangeran dan tidak mahu mengambil
        sebarang tindakan kepadanya.
  D   Mengarahkan Pangeran dan pengikut supaya menghentikan serangan dan menyerah diri kepada
        Kompeni .

  1.  Mengapakah Pangeran bertindak menyerang dan menawan rakyat kompeni?
    A   Marah terhadap tindakan kompeni Inggeris yang memujuk mereka agar menjadi rakyat
          kompeni.
    B   Mahu menguasai mereka sepenuhnya.
    C   Marah terhadap tindakan Jahul yang membuat laporan kepada Pegawai Inggeris.           
    D   Marah terhadap tindakan kompeni Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei.

  1. Berdasarkan petikan drama,  Jahul  ialah...
A   Sahabat Inggeris                                               C   Tali barut  Pangeran
   B   Sahabat Pangeran                                             D   Tali barut Inggeris

  1. Nilai yang berikut dimiliki oleh Pangeran, kecuali...
A   Kesetiaan                         C   Keinsafan
B   Patriotisme                        D   keberanian

  1. Pengajaran yang tidak terdapat dalam drama ini ialah
 A  Kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air.
   B   Kita janganlah mementingkan diri.
   C   Kita perlulah bersikap rasional dalam tindakan.
   D   Kita perlulah bersatu hati menentang penjajah.









Skema  Jawapan

Set 1

31.  A         32.  A         33.   B          34.  D         35.  D          36.  C         37.   D         38.  D           39.  A         40.   D



Set   2

31.  D         32.  D         33.   D         34.  B         35.  A          36.  B         37.   B         38.  D            39.  C         40.   A



Set   3

31.  C         32.  D         33.   C          34.  A         35.  B          36.  B       37.   A         38.  D            39.  C         40.   B